Photobucket

Isnin, 29 Oktober 2012

FAKTOR-FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN

Antaranya:

Pencemaran

- Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik semakin pupus. 

- Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh semakin pupus disebabkan pencemaran air terutamanya disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut. 

- Beruang panda yang merupakan habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China semakin pupus disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini. 

Pembalakan Haram

- Pembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. 

- Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. 

- Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu lari dan mati. Seterusnya hakisan tanah juga akan berlaku.

Pembakaran Hutan

- Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera telah menyebabkan spesis-spesis yang berada di kawasan tersebut musnah dan terancam.
Pemburu Haram

- Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. 

- Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan binatang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. 

- Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. 

- Harimau Malaya merupakan satu spesis yang semakin terancam kerana pemburuan terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja. 

Peningkatan Suhu Dunia

- Faktor peningkatan suhu dunia ini juga merupakan punca utama kepupusan flora dan fauna di Malaysia.

- Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.

- Fenomena yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan sesetengah spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan terancam terutamanya haiwan dan tumbuhan yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini. 


19 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Terima kasih tapi sya perlukan yang lebih lanjut sekali

      Padam
  2. Take guna pun... Tlg baiki karanganya

    BalasPadam
  3. terima kasih amat sangat

    BalasPadam
  4. Thanks for the information.

    BalasPadam
  5. Live dealer casino - Portuguese Gaming Guides
    If you have ever wanted to get live 토토 배당 casino games, 온라인 슬롯머신 you have found the right casino m bet365 site. You will find the perfect casino for your 벳 365 코리아 needs. mlb 분석 The Live Casino website has everything you need

    BalasPadam